Idea bermula pada tahun awal 2020 lagi, dengan beberapa pengetua dalam memastikan kejayaan dalam membina satu dewan untuk kegunaan warga sekolah SMK Bagan Terap khusunya dan penduduk tempatan umumnya.
Pada mulanya rekabentuk dewan ini adalah yang biasa sahaja mengikut dewan dewan sekolah lain yang kita tengok sebelum ini, daripada cadangan dewan terbuka sehinggalah kepada dewan tertutup.
Pada kali ini, cadangan dewan ini telah mendapat idea cetusan yang baru dari Pengetua Tuan Iskandar Muriani dengan merubah semua rekabentuk yang lama kepada rekabentuk yang lebih moden berkonsepkan futuristik sejajar dengan kiraan perubahan masa akan datang.
Banyak proses rekabentuk yang terpaksa diubahsuai pada saat saat akhir dari segi luaran dan dalaman dewan ini.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga rekabentuk yang dipersetujui oleh semua bagi membangunkan satu bangunan dewan serbaguna bercirikan futuristik setelah beberapa cadangan sebelum ini ditolak, walaubagaimanapun tetap berpuashati dengan rekabentuk terbaru ini, cuma kalau ada kesempatan boleh di tambah lagi sehingga sempurna.
ILUSTRASI DEWAN
PELAN
0 Comments:
Post a Comment